MENGENAI NOTIS INI

MENGENAI NOTIS INI

Coregeo Limited komited ke arah melindungi privasi dan keselamatan maklumat peribadi anda.

Notis privasi ini menerangkan bagaimana kami mengumpul dan mengunakan maklumat peribadi anda menurut undang-undang pelindungan data. Sila baca dengan teliti. Undang-undang perlindungan data menyatakan bahawa maklumat peribadi yang kami simpan mengenai anda mestilah:

Digunakan secara sah, adil dan telus.

Dikumpul hanya untuk tujuan sah seperti yang telah kami terangkan kepada anda dan tidak digunakan untuk cara yang bertentangan dengan tujuan tersebut

Relevan kepada tujuan yang kami maklumkan kepada anda dan terhad hanya untuk tujuan tersebut.

Tepat dan terkini.

Disimpan hanya selagi perlu bagi tujuan yang dimaklumkan kepada anda.

Disimpan dengan selamat

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai notis ini atau cara kami mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi anda mengenai anda, sila hubungi kami menggunakan butiran yang dinyatakan dalam perenggan 1.2.

1 MAKLUMAT MENGENAI KAMI

1.1 Kami adalah Coregeo Limited.

Pejabat berdaftar kami ialah di Henwood House, Henwood, Ashford, Kent, TN24 8DH, Kerajaan Bersatu, dan nombor pendaftaran syarikat kami ialah 03812840.

1.2 Jika anda mempunyai sebarang soalan, butiran hubungan kami ialah:

1.2.1 Orwell Place, 172 Tonbridge Road, Wateringbury, Kent ME18 5NS, Kerajaan Bersatu

1.2.2 +44 (0)1622 816999

1.2.3 info@coregeo.co.uk

2 MAKLUMAT PERADUAN DAN SURAT-MENYURAT LAIN

2.1 Apabila anda menyertai peraduan atau cabutan hadiah kami (atau pihak yang bekerjasama menganjurkan peraduan dengan kami) anda akan berkongsi maklumat peribadi anda yang berkaitan dengan penyertaan seperti nama anda, butiran untuk dihubungi, butiran penyertaan dan surat-menyurat dengan kami mengenai penyertaan tersebut.

Kami juga mungkin meminta maklumat tertentu, seperti peniaga pilihan anda

2.2 Kami (atau rakan niaga yang menganjurkan peraduan) memerlukan maklumat tertentu untuk menerima penyertaan dan anda perlu menyediakannya untuk menyertai peraduan atau cabutan hadiah dengan kami, jika tidak, penyertaan anda mungkin tidak akan diterima.

Maklumat peraduan secara lazimnya akan menyatakan jenis maklumat yang perlu diberikan apabila maklumat tersebut dikumpul daripada anda, tetapi secara khususnya, anda perlu memberikan nama dan butiran anda untuk dihubungi.

2.3 Surat-menyurat atau interaksi lain (contohnya, menerusi e-mel, telefon, pos, SMS atau menerusi laman web) di antara anda dan kami akan mengandungi maklumat peribadi (misalnya nama dan butiran untuk dihubungi) dalam surat-menyurat tersebut

Ini mungkin meliputi pertanyaan, ulasan, komen susulan atau aduan yang dibuat oleh atau terhadap anda dan pertikaian dengan anda atau organisasi anda.

2.4 Kami akan menyimpan dan menggunakan maklumat tersebut untuk menganjurkan mana-mana pertandingan, untuk mematuhi mana-mana peruntukan undang-undang bagi kami menyelenggara rekod-rekod tertentu atau menjalankan pengesahan tertentu, dan/atau untuk kepentingan sah kami dalam mengendalikan aduan atau pertanyaan dan mentadbir akaun anda (atau organisasi anda) atau pesanan dan mana-mana perkhidmatan yang kami tawarkan, begitu juga untuk menilai semula dan menambah baik tawaran kami, termasuk penyelesaian masalah, analisis data, ujian, kaji selidik, tujuan statistik dan tinjauan.

2.5 Sekiranya anda pemenang peraduan, kami berhak menyiarkan nama dan lokasi anda di laman web kami atau dengan cara lain yang menjadikannya terdedah kepada orang ramai bagi mematuhi kewajipan perundangan kami dan untuk kepentingan sah kami dalam menghebahkan peraduan.

2.6 Maklumat anda yang berkaitan dengan peraduan akan disimpan sehingga tempoh 12 bulan selepas peraduan ditutup untuk membolehkan kami menangani sebarang pertanyaan atau tuntutan.

2.7 Sebarang maklumat lain biasanya disimpan selama 24 bulan selepas surat-menyurat yang terakhir antara peserta dan pihak kami.

3 PEMASARAN

3.1 Kami mungkin mengumpul nama dan butiran anda dihubungi (seperti alamat e-mel, nombor telefon atau alamat anda) untuk menghantar buletin berita mengenai jenama yang kami wakili.

Kami mungkin mengumpul maklumat ini terus daripada anda, atau menerusi pihak ketiga.

Sekiranya pihak ketiga mengumpul nama dan butiran anda dihubungi, mereka akan hanya menghantar butiran tersebut kepada kami bagi tujuan pemasaran sekiranya anda telah memberi keizinan kepada mereka untuk berbuat demikian.

3.2 Anda sentiasa mempunyai hak untuk “pilih keluar” (opt out) daripada menerima bahan pemasaran kami. Anda boleh menggunakan hak anda pada bila-bila masa dengan menghubungi kami menggunakan butiran yang dinyatakan dalam perenggan 1.2 di atas

Jika kami menghantar kepada anda sebarang e-mel pemasaran, kami akan sentiasa menyediakan pilihan untuk anda menghentikan langganan untuk membolehkan anda memilih untuk tidak menerima apa-apa e-mel pemasaran di masa hadapan.

Jika anda “pilih keluar” daripada menerima bahan pemasaran kami, anda akan dimasukkan

ke senarai penyekatan untuk memastikan kami tidak menghantar bahan pemasaran secara tidak sengaja.

3.3 Jika anda mewakili perniagaan, kami menggunakan butiran anda dihubungi sebagaimana perlu untuk kepentingan sah kami dalam pemasaran kepada anda dan menyelenggara senarai bakal pelanggan.

3.4 Jika anda tidak mewakili perniagaan, kami akan hanya menghubungi anda untuk tujuan pemasaran dengan keizinan anda (sama ada kami telah mengumpul butiran anda terus daripada anda, atau menerusi pihak ketiga).

3.5 Kami tidak akan sekali-kali berkongsi nama atau butiran anda dihubungi dengan pihak ketiga yang tidak berkaitan bagi tujuan pemasaran melainkan kami memperolehi persetujuan anda untuk berkongsi butiran anda dengan pihak tersebut

Kami menggunakan pembekal perkhidmatan pihak ketiga untuk menghantar bahan pemasaran, tetapi kami hanya membenarkan mereka untuk menggunakan maklumat tersebut menurut arahan kami dan setelah mereka bersetuju untuk mengendalikan maklumat tersebut secara sulit dan memastikan keselamatannya.

3.6 Kami mengekalkan butiran anda dalam senarai pemasaran kami sehingga anda “pilih keluar” dan kami seterusnya akan menambah anda ke senarai penyekatan. Kami menyimpan senarai penyekatan tersebut selama-lamanya untuk mematuhi kewajipan sah kami demi memastikan kami tidak lagi menghantar sebarang bahan pemasaran kepada anda secara tidak sengaja.

4 MAKLUMAT LAMAN WEB

4.1 Kami mungkin mengumpul maklumat mengenai anda dan penggunaan laman web oleh anda melalui kaedah teknikal seperti dalam penghitung laman web dan alat analisis yang lain.

Kami menggunakan ini sebagaimana perlu untuk kepentingan sah kami dalam mentadbir laman web kami dan untuk memastikan ia beroperasi secara efektif dan selamat.

4.2 Untuk maklumat lanjut mengenai kuki yang kami gunakan dan tujuan kami menggunakannya, sila rujuk kepada notis Kuki kami.

4.3 Kami menyimpan maklumat laman web ini mengenai anda sehingga kuki yang berkenaan luput.

4.4 Laman web kami mungkin, dari masa ke semasa, mengandungi pautan ke dan dari laman web rangkaian dan rakan niaga kami.

Jika anda mengikuti pautan ke mana-mana laman web ini, pastikan mereka mempunyai dasar privasi dan kami tidak bertanggungjawab atau menanggung liabiliti untuk dasar-dasar ini. Sila semak dasar-dasar ini sebelum anda menyerahkan sebarang maklumat peribadi ke laman web sedemikian.

5 ISI KANDUNGAN

5.1 Maklumat ini merujuk kepada maklumat yang anda diberikan semasa memuat naik kandungan di laman web kami.

Ini mungkin meliputi ulasan, gambar, video dan kandungan lain yang anda siarkan di laman web kami.

5.2 Kami boleh memaparkan dan menerbit maklumat ini di platform kami sebagai sebahagian daripada kontrak kami dengan anda atau seperti yang diperlukan untuk kepentingan sah kami dalam menyediakan kandungan kepada pengguna-pengguna kami.

5.3 Maklumat ini disimpan selagi anda mempunyai akaun dengan kami dan boleh disimpan dan dipaparkan selama-lamanya selepas anda menamatkan akaun.

Anda boleh meminta kandungan anda dikeluarkan dengan menghubungi kami menggunakan butiran yang dinyatakan dalam perenggan 1.2 di atas.

6 MAKLUMAT PEKERJA

6.1 Jika anda bekerja dengan salah seorang pelanggan, pembekal, pemegang lesen, peladang atau rakan perniagaan kami yang lain, maklumat yang kami kumpul mengenai anda mungkin termasuk butiran anda dihubungi, pekerjaan dan hubungan kami dengan anda.

Maklumat ini mungkin dikumpul terus daripada anda, atau disediakan oleh organisasi anda.

Organisasi anda seharusnya memaklumkan anda bahawa maklumat anda akan diberikan kepada kami, dan merujuk anda kepada dasar ini.

Kami menggunakan maklumat sebagaimana perlu untuk kepentingan sah kami dalam menguruskan hubungan kami dengan organisasi anda.

Sekiranya kami mempunyai hubungan perniagaan dengan anda atau organisasi anda, kami mungkin menerima maklumat mengenai anda daripada organisasi anda.

6.2 Kami menyimpan maklumat ini hingga tujuh tahun selepas hubungan kami dengan organisasi anda berakhir.

7 PEMOHON PEKERJAAN

7.1 Kami akan mengumpul dan menyimpan maklumat mengenai pemohon pekerjaan, termasuk maklumat yang anda berikan kepada kami dalam permohonan anda, atau disediakan kepada kami oleh agensi pekerjaan, dan juga maklumat mengenai anda daripada mana-mana perujuk yang anda berikan.

7.2 Kami boleh menggunakannya sebagaimana perlu untuk memasuki

kontrak pekerjaan dengan anda, dan untuk kepentingan sah kami dalam menilai calon dan mencatatkan aktiviti pengambilan kerja kami, dan sebagaimana perlu untuk menggunakan dan melaksanakan kewajipan dan hak undang-undang pekerjaan kami.

7.3 Sekiranya permohonan anda berjaya, maklumat anda akan digunakan dan disimpan menurut notis privasi dalaman kami. Jika anda sedang bekerja untuk kami, atau pernah bekerja untuk kami, anda boleh meminta salinan maklumat ini daripada kami. Sekiranya permohonan anda tidak berjaya, maklumat anda akan disimpan sehingga 12 bulan selepas berakhirnya tempoh pengambilan kerja yang berkenaan.

7.4 Anda mesti memberikan maklumat tertentu (seperti nama anda, butiran hubungan, latarbelakang profesional dan pendidikan) untuk membolehkan kami mempertimbangkan permohonan anda

Jika anda tidak menyediakan semua maklumat ini, kami boleh menghubungi anda untuk memintanya. Jika anda tidak ingin menyediakan maklumat ini, kami mungkin tidak dapat mempertimbangkan permohonan anda dengan sewajarnya.

7.5 Jika anda disenaraikan sebagai perujuk oleh pemohon, kami akan menyimpan nama anda, butiran hubungan dan maklumat profesional mengenai anda (seperti majikan dan jawatan anda) dan butiran mengenai hubungan anda dengan pemohon.

Kami akan menggunakan maklumat ini sebagaimana perlu untuk kepentingan sah kami dalam penilaian calon-calon dan sepertimana perlu untuk menggunakan dan melaksanakan kewajipan undang-undang dan hak pekerjaan kami.

Maklumat anda akan disimpan bersama maklumat pemohon.

7.6 Sekiranya anda disenaraikan sebagai pihak kecemasan oleh individu yang bekerja untuk kami, kami akan menyimpan nama anda, butiran hubungan dan butiran pertalian anda dengan pekerja tersebut.

Kami akan menggunakan maklumat ini untuk menghubungi anda sebagaimana perlu untuk melaksanakan kewajipan kami menurut undang-undang pekerjaan, untuk melindungi kepentingan penting pekerja tersebut, dan untuk kepentingan sah kami dalam menguruskan hubungan kami dengan pekerja tersebut.

Maklumat anda akan disimpan sehingga ia dikemas kini oleh pekerja tersebut, atau sehingga kami tidak perlu menghubungi pekerja tersebut selepas mereka berhenti bekerja untuk kami.

8 TUNTUTAN UNDANG-UNDANG

8.1 Sekiranya wujud risiko di mana kami mungkin perlu mempertahankan atau memulakan tuntutan undang-undang, kami boleh mengekalkan maklumat peribadi anda sebagaimana perlu untuk kepentingan sah kami dalam memastikan bahawa kami boleh memulakan atau mempertahankan tuntutan undang-undang dengan betul.

Kami mungkin perlu berkongsi maklumat ini dengan syarikat insurans atau penasihat undang-undang kami.

Tempoh untuk kami menyimpan maklumat ini adalah bergantung pada tuntutan dan tempoh yang kami anggap wujud risiko di mana kami perlu mempertahankan atau memulakan tuntutan.

9 JENIS MAKLUMAT YANG LAIN

9.1 Kami mungkin juga menerima maklumat mengenai anda daripada sumber-sumber berikut:

9.1.1 Pembekal perkhidmatan kami.

Kami bekerjasama rapat dengan pihak ketiga (termasuk, contohnya, rakan niaga pengiklan dan agensi PR) yang mungkin menyediakan maklumat mengenai anda kepada kami, untuk digunakan seperti yang dinyatakan di atas.

9.1.2 Perniagaan yang kami peroleh.

Sekiranya kami memperoleh perniagaan lain, atau sebahagian besar aset-asetnya, yang secara asalnya menyimpan maklumat anda, kami akan menyimpan dan menggunakan maklumat yang anda berikan kepada mereka, atau apa jua maklumat lain yang mereka simpan mengenai anda dengan cara lain, selaras dengan notis privasi ini.

9.1.3 Saluran-saluran kami yang lain.

Maklumat ini merujuk kepada penggunaan mana-mana laman web yang kami kendalikan atau perkhidmatan atau produk lain yang kami sediakan oleh anda

Dalam keadaan sebegini, adna akan dimaklumkan yang kami mengumpul data tersebut jika kami bercadang untuk berkongsi data tersebut secara dalaman dan menggabungkannya dengan data yang dikumpulkan pada laman web ini.

Kami juga telah memaklumkan anda mengenai tujuan kami berkongsi dan menggabungkan data anda.

9.2 Kami tidak mengumpul sebarang “kategori khas” maklumat peribadi anda yang sensitif (ini termasuk butiran mengenai bangsa atau etnik, kepercayaan agama atau falsafah, kehidupan seksual, orientasi seksual, pandangan politik, keahlian kesatuan sekerja, maklumat mengenai kesihatan dan data genetik dan biometrik anda, dan juga maklumat mengenai sabitan dan kesalahan jenayah).

10 APAKAH SEBAB LAIN KAMI MENGGUNAKAN MAKLUMAT ANDA?

10.1 Kegunaan biasa maklumat anda.

Kami hanya akan menggunakan maklumat peribadi anda sekiranya dibenarkan menurut undang-undang untuk berbuat demikian.

Walaupun dalam keadaan terhad kami mungkin menggunakan maklumat anda kerana anda telah memberi persetujuan khusus untuknya, kami biasanya menggunakan maklumat anda dengan cara yang dinyatakan dalam notis ini kerana:

10.1.1 kami perlu melaksanakan kontrak yang telah kami buat dengan anda.

10.1.2 kami perlu mematuhi kewajipan undang-undang.

10.1.3 ia diperlukan untuk kepentingan sah kami (atau kepentingan pihak ketiga) dan kepentingan dan hak anda tidak mengatasi kepentingan tersebut.

10.1.4 kami perlu melindungi kepentingan anda (atau kepentingan orang lain) atau di mana ia diperlukan untuk kepentingan umum (walaupun keadaan ini mungkin jarang berlaku).

10.2 Perubahan tujuan. Kami akan hanya menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan seperti yang dinyatakan dalam notis ini, kecuali jika kami secara munasabah menganggap bahawa kami perlu menggunakannya untuk sebab lain yang bersesuaian dengan tujuan asal

Jika kami perlu menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan yang tidak berkaitan, kami akan memaklumkan anda dan kami akan menerangkan dasar undang-undang yang membolehkan kami berbuat demikian.

11 BERKONGSI MAKLUMAT ANDA

Kami menjalin kerjasama dengan jenama hasil tanaman untuk membawa produk mereka ke pasaran.

Sekiranya kami menyimpan maklumat anda berkaitan dengan jenama tertentu, kami akan bertanggungjawab ke atas bagaimana kami menggunakan maklumat anda, dan untuk memastikan keselamatannya semasa ia berada dalam simpanan kami.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai cara kami menggunakan maklumat anda seperti yang dinyatakan dalam notis ini, anda boleh menghubungi kami menggunakan butiran hubungan yang dinyatakan dalam perenggan 1.2 di atas.

Jika kami berkongsi maklumat anda dengan pemilik jenama-jenama tersebut, kami akan hanya berbuat demikian jika ia dibenarkan di bawah undang-undang perlindungan data, dan pemilik jenama tersebut seterusnya akan bertanggungjawab secara langsung untuk penggunaan maklumat tersebut.

Selain perkongsian yang dinyatakan di atas, kami juga boleh berkongsi maklumat anda dengan pihak ketiga, termasuk pembekal perkhidmatan pihak ketiga dan entiti-entiti lain dalam kumpulan kami.

Pihak ketiga dikehendaki menghormati keselamatan maklumat peribadi anda dan untuk mengendalikannya menurut undang-undang.

Kami tidak akan sekali-kali menjual data anda kepada pihak ketiga.

11.1 Mengapa kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga?

Kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga jika kami berkewajipan mendedahkan atau berkongsi maklumat peribadi anda bagi mematuhi undang-undang, atau untuk menguatkuasakan atau melaksanakan perjanjian kami dengan anda, atau untuk melindungi hak, harta, atau keselamatan kami, pelanggan kami atau pihak-pihak lain, atau di mana kami mempunyai kepentingan sah untuk berbuat demikian.

Ini mungkin termasuk pertukaran maklumat dengan syarikat dan organisasi lain bagi tujuan perlindungan pemalsuan dan pengurangan risiko kredit.

11.2 Siapakah perkhidmatan pihak ketiga yang memproses maklumat peribadi anda?

Kami mungkin perlu berkongsi maklumat peribadi anda kepada pembekal perkhidmatan pihak ketiga (termasuk kontraktor dan ejen yang dilantik) supaya mereka boleh melaksanakan perkhidmatan mereka.

Aktiviti-aktiviti berikut dijalankan (sepenuhnya atau sebahagian daripadanya) oleh pembekal perkhidmatan pihak ketiga: nasihat perundangan, pentadbiran peraduan, perkhidmatan IT.

11.3 Bilakah kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan entiti lain dalam kumpulan?

Kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan entiti lain dalam kumpulan kami sebagai sebahagian daripada aktiviti laporan berkala mengenai prestasi syarikat, dalam konteks penyusunan semula perniagaan atau penstrukturan semula kumpulan, dan untuk sokongan penyelenggaraan sistem dan pengehosan data.

11.4 Adakah maklumat anda selamat dengan pembekal perkhidmatan pihak ketiga dan entiti lain dalam kumpulan kami?

Semua pembekal perkhidmatan pihak ketiga dan entiti lain dalam kumpulan kami dikehendaki mengambil langkah-langkah keselamatan yang sesuai untuk melindungi maklumat peribadi anda.

Apabila pihak ketiga memproses maklumat peribadi anda bagi pihak kami sebagai “pemproses data” mereka mesti melakukannya hanya menurut arahan kami dan jika mereka telah bersetuju untuk mengendalikan maklumat tersebut secara rahsia dan untuk memastikan keselamatannya.

11.5 Bagaimana pula pihak ketiga yang lain?

Kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga yang lain, contohnya yang berkaitan dengan kemungkinan penjualan atau penstrukturan semula perniagaan yang berkaitan dengan tujuan maklumat anda dikumpulkan.

Kami mungkin perlu berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak yang menyelia atau cara lain untuk mematuhi undang-undang.

12 DI MANA KAMI MENYIMPAN MAKLUMAT ANDA

12.1 Ibu pejabat kami berpusat di Wateringbury dan pusat data utama kami terletak di UK.

Namun demikian, sekiranya kami perlu untuk melaksanakan kontrak kami dengan anda atau untuk tujuan perniagaan yang lebih luas, maklumat yang kami simpan mengenai anda mungkin dipindahkan ke, dan disimpan di, suatu lokasi di luar UK dan Kesatuan Eropah (“EU”).

Ia juga mungkin diproses oleh kakitangan operasi di luar UK dan EU yang bekerja untuk salah satu pembekal perkhidmatan kami.

12.2 Kami akan mengambil segala langkah munasabah yang diperlukan untuk memastikan maklumat peribadi anda dikendalikan secara selamat dan selaras dengan notis privasi ini.

12.3 Negara dan organisasi tertentu di luar UK dan EU di mana kami mungkin pindahkan maklumat anda akan mempunyai “keputusan mencukupi” yang bermaksud EU menganggap negara atau organisasi tersebut mempunyai dasar pelindungan data yang bersesuaian.

Maklumat ini boleh didapati di laman web Suruhanjaya Eropah: https://ec.europa.eu/info/law/law-topic/data-protection/data-transfers-outside-eu/adequacy-protection-personal-data-non-eu-countries_en.

12.4 Jika kami memindahkan data ke negara atau organisasi lain di luar UK dan EU di mana EU tidak menganggap lokasi tersebut tidak mempunyai dasar perlindungan data yang bersesuaian, kami akan memastikan langkah-langkah perlindungan yang sesuai (contohnya, klausa model yang diluluskan oleh EU atau pihak berkuasa perlindungan data) ditetapkan di mana perlu.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai langkah-langkah perlindungan ini, sila hubungi kami.

13 KESELAMATAN DATA

13.1 Selain langkah-langkah yang dinyatakan di atas mengenai perkongsian maklumat anda, kami telah menetapkan langkah-langkah keselamatan dalaman untuk mencegah maklumat peribadi anda daripada hilang secara tidak sengaja, digunakan atau diakses secara tidak sah, dipinda atau didedahkan. Sebagai tambahan, kami mengehadkan akses ke maklumat peribadi anda kepada pekerja, ejen, kontraktor dan pihak ketiga lain yang mempunyai keperluan perniagaan untuk mengetahuinya.

Mereka akan hanya memproses maklumat peribadi anda atas arahan kami dan tertakluk kepada kewajipan merahsiakannya.

13.2 Kami telah menetapkan prosedur-prosedur untuk menangani sebarang pelanggaran keselamatan data dan akan memaklumkan anda dan mana-mana pihak kawal selia yang berkenaan mengenai pelanggaran yang disyaki di mana perlu.

14 BERAPA LAMA KAMI MENYIMPAN MAKLUMAT ANDA

14.1 Kami telah menyatakan tempoh yang kami jangka untuk menyimpan maklumat anda.

Dalam keadaan tertentu, ia mungkin perlu untuk menyimpan maklumat anda untuk tempoh yang lebih lama daripada itu bagi memenuhi tujuan kami mengumpulnya, termasuk tujuan untuk memenuhi keperluan undang-undang, perakaunan dan pelaporan.

14.2 Untuk menentukan tempoh pengekalan yang sesuai untuk maklumat peribadi, kami mempertimbangkan jumlah, sifat dan tahap sensitif maklumat peribadi tersebut, risiko kemudaratan yang mungkin daripada penggunaan atau pendedahan maklumat peribadi anda yang tidak dibenarkan, tujuan kami memproses maklumat peribadi anda dan sama ada kami boleh mencapai tujuan tersebut menerusi cara lain, dan keperluan undang-undang yang berkenaan.

14.3 Dalam keadaan tertentu kami boleh berkongsi maklumat tanpa menyiarkan nama anda supaya ia tidak dikaitkan dengan anda. Sekiranya ini berlaku kami boleh menggunakan maklumat tersebut tanpa sebarang notis kepada anda.

15 HAK ANDA

15.1 Undang-undang perlindungan data memberikan beberapa hak berkenaan maklumat peribadi yang kami pegang mengenai anda.

Hak-hak utama dinyatakan di bawah.

Maklumat lanjut mengenai hak anda boleh didapati daripada Pejabat Suruhanjaya Maklumat (ICO).

Di bawah keadaan tertentu, menurut undang-undang anda berhak untuk:

15.1.1 Dimaklumkan dengan jelas, telus dan mudah difahami mengenai bagaimana kami menggunakan maklumat peribadi anda dan mengenai hak anda. Inilah sebabnya kami memberikan anda maklumat yang terkandung dalam notis ini. Inilah sebabnya kami memberikan anda maklumat yang terkandung dalam notis ini.

Sekiranya anda memerlukan maklumat lebih lanjut mengenai bagaimana kami menggunakan maklumat peribadi anda, sila beritahu kami.

15.1.2 Meminta akses ke maklumat peribadi anda (biasanya dikenali sebagai “permintaan akses subjek data”). Ini membolehkan anda menerima salinan maklumat peribadi yang kami pegang mengenai anda dan untuk memeriksa bahawa kami memprosesnya secara sah.

15.1.3 Meminta pembetulan maklumat peribadi yang kami simpan mengenai anda.

Ini membolehkan anda mendapatkan maklumat yang tidak lengkap atau tidak tepat yang kami simpan mengenai anda untuk diperbetulkan.

15.1.4 Meminta pemadaman maklumat peribadi anda. Ini membolehkan anda meminta kami untuk memadam atau mengalih keluar maklumat peribadi di mana tidak terdapat alasan yang baik untuk kami terus memprosesnya (misalnya, kami mungkin perlu terus menggunakan data peribadi anda untuk mematuhi kewajipan undang-undang kami).

Anda juga berhak untuk meminta kami memadam atau mengalih keluar maklumat peribadi anda di mana anda telah menggunakan hak anda untuk membantah pemprosesan (lihat di bawah).

15.1.5 Membantah pemprosesan maklumat peribadi anda di mana kami bergantung pada kepentingan sah (atau kepentingan pihak ketiga) dan terdapat keadaan tertentu untuk anda membantah kami menggunakan maklumat anda dan kami tidak mempunyai alasan kukuh untuk melakukan sedemikian yang mengatasi hak, kepentingan dan kebebasan anda (misalnya, kami mungkin memerlukannya untuk mempertahankan tuntutan undang-undang).

Anda juga berhak untuk membantah di mana kami memproses maklumat peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung.

15.1.6 Meminta sekatan pemprosesan maklumat peribadi anda.

Ini membolehkan anda meminta kami untuk menangguhkan pemprosesan maklumat peribadi mengenai anda, misalnya jika anda mahu kami menentukan ketepatannya atau alasan untuk memprosesnya.

15.1.7 Meminta pemindahan maklumat peribadi anda kepada pihak lain di mana anda memberikannya kepada kami dan kami menggunakannya berdasarkan persetujuan anda, atau untuk melaksanakan kontrak dengan anda, dan kami memprosesnya dengan cara automatik.

15.1.8 Menarik balik persetujuan.

Dalam keadaan terhad di mana kami bergantung pada persetujuan anda (berbanding asas lain yang dinyatakan di atas) untuk pengumpulan, pemprosesan dan pemindahan maklumat peribadi anda untuk tujuan tertentu, anda berhak menarik balik persetujuan anda untuk pemprosesan khusus tersebut pada bila-bila masa.

Setelah kami menerima pemberitahuan bahawa anda telah menarik persetujuan anda, kami tidak akan memproses maklumat anda lagi untuk tujuan yang anda persetujui pada asalnya, kecuali jika kami mempunyai kepentingan sah yang lain untuk melakukannya.

15.1.9 Membuat aduan.

Sekiranya anda berpendapat bahawa kami menggunakan maklumat anda dengan cara yang melanggar undang-undang perlindungan data, anda berhak membuat aduan kepada pihak berkuasa penyeliaan perlindungan data negara anda (jika anda berada di UK, ini adalah ICO).

Sekiranya anda ingin menyemak, mengesahkan, memperbetulkan atau meminta pemadaman maklumat peribadi anda, membantah pemprosesan maklumat peribadi anda, menarik balik persetujuan anda untuk memproses maklumat peribadi anda atau meminta kami memindahkan salinan maklumat peribadi anda kepada pihak lain, sila hubungi kami menggunakan butiran hubungan yang dinyatakan dalam perenggan 1.2 di atas.

15.2 Tiada bayaran yang biasanya diperlukan. Anda tidak perlu membayar yuran untuk mengakses maklumat peribadi anda (atau untuk melaksanakan hak-hak lain).

Walau bagaimanapun, kami mungkin mengenakan bayaran yang berpatutan jika permintaan akses anda ternyata tidak berasas atau bersifat berlebihan.

Sebagai alternatif, kami boleh menolak untuk memenuhi permintaan tersebut dalam keadaan tersebut.

15.3 Apa yang kami mungkin perlukan daripada anda.

Kami mungkin perlu meminta maklumat khusus daripada anda untuk membantu kami memahami permintaan anda, untuk mengesahkan identiti anda dan memastikan hak anda untuk mengakses maklumat tersebut (atau untuk melaksanakan hak anda yang lain). Ini adalah satu lagi langkah keselamatan yang wajar untuk memastikan maklumat peribadi tidak didedahkan kepada pihak yang tidak berhak menerimanya. Ini adalah satu lagi langkah keselamatan yang wajar untuk memastikan bahawa maklumat peribadi tidak didedahkan kepada pihak yang tidak mempunyai hak untuk menerimanya.

15.4 Skala masa.

Sila pertimbangkan permintaan anda dengan penuh tanggungjawab sebelum mengemukakannya.

Kami akan menjawab permintaan anda secepat mungkin.

Biasanya, ini adalah dalam masa satu bulan dari tarikh kami menerima permintaan anda, tetapi, jika permintaan tersebut memerlukan masa yang lebih lama untuk ditangani, kami akan memaklumkan anda.

16 PERUBAHAN KEPADA NOTIS PRIVASI INI

Segala perubahan yang kami buat pada notis privasi kami di masa depan akan disiarkan pada halaman ini dan, jika sesuai, dimaklumkan kepada anda melalui e-mel atau dengan cara lain.

Sila periksa dengan kerap untuk melihat sebarang kemas kini atau perubahan pada notis privasi kami.

Kami menggunakan kuki sebagai keperluan untuk kepentingan kami dalam mengendali laman web kami dan memastikan ia beroperasi dengan efektif dan selamat.

Kami menggunakan kuki Prestasi, misalnya Google Analytics, untuk tujuan dalaman yang membantu kami menawarkan menyediakan pengalaman pengguna yang lebih memuaskan untuk anda. Kuki membantu kami memahami bagaimana laman web kami digunakan oleh pengunjung.

Ada kalanya, kami menggunakan piksel penjejakan yang menetapkan kuki untuk membantu menyampaikan iklan dalam talian.

Kuki digunakan dengan meluas dalam iklan dalam talian.

DASAR KUKI

Kami mungkin memperolehi maklumat mengenai penggunaan internet anda menerusi fail kuki, yang disimpan pada pelayar anda atau pemacu keras komputer anda.

Kuki mengandungi maklumat yang dipindahkan ke pemacu keras komputer anda.

Ia membantu kami menambah baik laman web kami dan untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dan bersesuaian.

Sesetengah kuki yang kami gunakan adalah penting untuk pengendalian laman web kami.

Sekiranya anda berdaftar dengan kami atau sekiranya anda terus menggunakan laman web kami, anda dianggap bersetuju dengan penggunaan kuki. Buat masa ini kami menggunakan kuki untuk:

Kuki sesi: kuki ini digunakan untuk memastikan anda dicam semasa beralih dari halaman ke halaman merentas laman web kami.

Contohnya, jika anda telah berdaftar, anda tidak perlu mendaftar masuk secara berasingan di setiap halaman.

Ia dipadamkan apabila anda menutup pelayar anda.

Google Analytics (__utma, __utmb, __utmc, __utmz): kuki ini digunakan untuk mengumpul maklumat mengenai bagaimana pengunjung menggunakan laman web kami.

Maklumat ini mengandungi masa lawatan dibuat, sama ada anda pernah mengunjungi laman web sebelum ini, laman web mana yang merujuk anda ke sini, laporan demografi dan minat anda.

Kami menggunakan maklumat ini untuk menganggar jumlah pengunjung dan corak penggunaan, supaya kami boleh menambah baik laman web kami dengan memahami bagaimana pengunjung menggunakannya

Klik di sini untuk maklumat lanjut daripada Google mengenai Google Analytics dan privasi anda.

Prestasi

Kami menggunakan kuki Prestasi, misalnya Google Analytics, untuk tujuan dalaman yang membantu kami menawarkan menyediakan pengalaman pengguna yang lebih memuaskan untuk anda.

Kuki membantu kami memahami bagaimana laman web kami digunakan oleh pengunjung.

Pemasaran

Ada kalanya, kami menggunakan piksel penjejakan yang menetapkan kuki untuk membantu menyampaikan iklan dalam talian.

Kuki digunakan dengan meluas dalam iklan dalam talian.