KISAH PERMULAAN KAMI

John Cripps ialah seorang penanam yang berjaya menghasilkan baka kacukan epal Cripps Pink pertama di Australia pada tahun 1973.

Dia mencetuskan idea untuk mengacukkan epal Golden Delicious dan Lady William yang menghasilkan baka baru yang enak ini.

Gabungan ciri-ciri terbaik dari kedua-dua spesis epal ini dikenali sebagai PINK LADY®.

Setelah sekian lama, semua spesis yang terhasil dari baka Cripps Pink, telah dipasarkan di bawah nama Pink Lady® , tetapi hanya pilihan epal terbaik dipasarkan dengan tanda kelulusan berbentuk hati Pink Lady®.

John Cripps

KESABARAN MEMBUAHKAN HASIL

Tahukah anda, epal Pink Lady® merupakan epal yang pertama berputik dan yang terakhir dipetik?

Ini bermakna, setiap epal menikmati sinaran matahari selama 200 hari untuk membolehkannya masak dengan sempurna. Ini juga memberikan epal Pink Lady® warna merah jambu yang menggoda.

View additional content about theTimings

Dari berputik hingga dipetik, lihatlah bagaimana epal kami meresap kebaikan sinaran matahari.

Masa yang diluangkan di bawah matahari menambahkan lagi sensasi manis bersari yang luar biasa.

PASPORT KE EPAL YANG SEMPURNA

Kami mengembara ke seluruh dunia demi mencari lokasi terbaik untuk menanam epal Pink Lady®.

Kini, kami memiliki ladang di Perancis, Sepanyol, Itali, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Chile dan Argentina.

Negara-negara ini mempunyai iklim terbaik dalam menghasilkan epal Pink Lady® kegemaran anda.

New Zealand France Italy Chile South Africa

EPAL BERTANDA HATI

Bukan setiap epal layak digelar Pink Lady®.

Hanya epal terbaik dipilih, dipetik dan diberikan tanda kelulusan Pink Lady®: pelekat merah jambu berbentuk hati, supaya anda tahu dan yakin yang anda menikmati buah epal yang tulen dan bermutu tinggi.

DAH TAHU KISAHNYA, APA SETERUSNYA?

Cubalah rasa Beli Epal