PINK LADY® AN APPLE A DAY

Tahniah kepada pemenang kategori Pink Lady® Apple A Day, Diana Kowalcyzk dari Poland dengan paparan Caramel Lady yang memukau.

Diana berjaya menampilkan epal-epal kami yang dicelup karamel menerusi imej yang mempesona.

Menurut panel pengadil Pink Lady® Food Photographer of the Year Awards, imej yang dihasilkan oleh Diana lebih menonjol dengan kepintarannya memainkan warna terang dan gelap.

Setiap tahun kami mencari paparan epal Pink Lady® yang paling menarik, kreatif, inventif dan menawan untuk kategori Pink Lady® Apple a Day. Ternyata, tahun ini tidak mengecewakan dengan begitu banyak penyertaan yang diterima.

Lihat finalis kategori tahun ini di bawah.