
JURUGAMBAR MAKANAN PINK LADY® TAHUN 2020
Pemenang telah dipilih!
Kami dengan sukacitanya mengumumkan pemenang-pemenang Anugerah Jurugambar Makanan Pink Lady® Tahun 2020! Majlis anugerah dalam talian telah berlangsung pada hari Selasa, 28 April jam 8 malam di Facebook dan Youtube. Majlis telah dihoskan oleh Alex James: pemuzik, penggemar makanan dan pembuat keju, yang memperkenalkan pelbagai imej menakjubkan yang berjaya ke senarai akhir anugerah tahun ini. Tahniah kepada pemenang kategori “Pink Lady® Apple A Day”, Diana Kowalcyzk dari Poland, untuk imejnya yang memukau - Caramel Lady yang menampilkan pesona epal yang dicelup karamel.
Menurut panel pengadil, imejnya lebih menonjol dengan menampilkan objek menerusi kontras warna terang dan gelap.
Jurugambar dari Bangladesh, KM Asad berjaya menggondol hadiah keseluruhan dengan paparan begitu menyentuh perasaan, “After Exodus” yang memaparkan kanak-kanak Rohingnya di kem pelarian, sejurus selepas kawalan sekatan Covid-19 dikenakan.
Pink Lady® begitu bangga menjadi penaja utama anugerah ini sejak diperkenalkan pada tahun 2011. Sejak 9 tahun yang lalu, anugerah ini semakin mendapat tempat dari segi prestij, perhatian media antarabangsa dan bilangan penyertaan dari seluruh dunia.
Anugerah pada tahun ini telah menerima 9,000 penyertaan dari 70 negara di serata dunia.
Kami mengalu-alukan setiap penyertaan dan berharap agar anugerah ini menjadi inspirasi kepada semua peminat fotografi untuk menyertai anugerah pada tahun depan.
WINNING IMAGES 2020

K M Asad, After Exodus

Zay Yar Lin, The Morning Catch

Thomas Alexander, Just Desserts

David Weimann Meike, Dörte Näkel

Thomas Hyland, A Langhe Winter

Patrick Desgraupes Clos, St Patrice

Aimee Twigger, A Bowl of Squash

K M Asad, Making Together

Anna Wlodarczyk Olek, Eating Pancakes

Xiaodong Sun, When the Hive is Filled
PANEL PENGADIL
Sejak mula diperkenalkan, Pink Lady® Food Photographer of the Year telah menyaksikan barisan hakim yang terkenal dari kalangan jurugambar, pengarah kreatif, penggiat makanan
Panel hakim tahun ini sekali lagi dipimpin oleh jurugambar makanan terkenal, David Loftus, yang turut disertai kumpulan menarik yang terdiri daripada peminat makanan, jurugambar dan seniman kreatif industri termasuk Dan Saladino, The Food Programme, BBC Radio 4 (UK); Lyndey Milan, pengulas makanan, chef selebriti, penulis (UK/AUS); Orlando Murrin, Presiden, Guild of Food Writers (UK); dan Chris Dee, Pengarah Makanan dan Kediaman, Harrods (UK).

Stuart West
Edamame

Hein Van Tonder
Night Market

Doron Talmi
Food for Man and Cow
ANDA MUNGKIN SUKA

Pink Lady® An Apple a Day
Lihatlah penyertaan yang melazatkan oleh para pemenang untuk memuaskan selera inspirasi anda.
Bawa saya ke sana
BELI EPAL PINK LADY® APPLE
Epal Pink Lady® boleh diperolehi di sebahagian besar pasaraya..