PERADUAN FOTO MAKANAN KINI KEMBALI!

PERADUAN FOTO MAKANAN INSTAGRAM PINK LADY® KINI KEMBALI PADA SEPTEMBER 2021 INI.
DIANJURKAN SEHUBUNGAN DENGAN PINK LADY® FOOD PHOTOGRAPHER OF THE YEAR AWARDS.
Kami kagum dengan foto-foto peraduan tahun lepas dan ingin melihatnya lagi!
Foto kegemaran bulanan pilihan kami akan disiarkan di Instagram rasmi
Pink Lady® Apples dan akan diberikan derma sebanyak $40, daripada
Pink Lady® Apples kepada World Food Programme Charity di bawah nama
pemilik foto kegemaran bulanan tersebut.
Gambar terbaik seluruh peraduan akan menjadi Pemenang Utama
#PinkLadySnaps2021MY!
PERADUAN BERMULA DARI 1 September HINGGA 30 November 2021
HANYA 3 LANGKAH MUDAH!
Foto
Ambil foto makanan yang paling menarik
Kongsi
di Instagram dengan tanda pagar (hashtag) #pinkladysnaps2021MY dan tanda (tag) @pinkladyapplesmy @foodphotoaward Pastikan profile anda menggunakan tetapan umum. Muat naik seberapa banyak foto yang anda suka.
Menang
Hadiah Utama yang hebat!
AMBIL FOTO YANG ‘WOW’!
Selain hidangan yang dihias cantik, anda juga boleh berkongsi foto menarik berkaitan ternakan, petani, ramuan segar, makanan jalanan atau foto epal Pink Lady® yang kreatif.
Sertai peraduan yang seronok ini dan ambil foto menarik!

© XIAODONG SUN

© ZAY YAR LIN

© KAI STIEPEL

© BARBORA BARETIC

© JIANHUI LIAO

© CHRISTY BLANCH

© JEYABOL _ BANGLADESH

© CHLOE DANN

© LI HUAIFENG

Menangi
SAMSUNG GALAXY S21!*
*Tertakluk pada ketersediaan. Hadiah mungkin berubah tanpa notis awal.
PENGANJUR
- Reed Works Sdn Bhd ialah penganjur (Penganjur) peraduan ini.
PERADUAN
- Peraduan ini ialah Peraduan Fotografi Makanan yang dikenali sebagai Pink Lady® Snaps (SNAPS).
- Peraduan ini diadakan di Malaysia, Thailand dan Vietnam. Hanya rakyat Malaysia, Thailand dan Vietnam serta pemastautin di Malaysia, Thailand dan Vietnam layak untuk menyertainya.
- Peraduan ini dianjurkan sehubungan dengan ‘The Pink Lady® Food Photographer of the Year Awards’, tetapi tidak tertakluk pada proses penghakiman yang sama.
SYARAT PENYERTAAN
- Terma penyertaan: profil Instagram mestilah ditetapkan pada umum.
- Peserta yang boleh menyertainya: Terbuka kepada pengguna Instagram berumur 18 tahun atau lebih, kecuali kakitangan SNAPS atau pihak penganjur, The Food Awards Company Ltd, mana-mana agensi berkaitan, jawatankuasa penganjuran dan juri, serta ahli keluarga terdekat mereka.
- Sekiranya anda berumur bawah 18 tahun, anda mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga untuk menyertai peraduan dan untuk menuntut hadiah anda. Kami mungkin meminta pemenang menunjukkan bukti umur mereka.
- Tema ialah makanan. Sebarang visual berkaitan makanan diterima.
- Kategori peraduan ialah fotografi makanan.
- Penyertaan yang dihasilkan menggunakan mesin, penyertaan kumpulan pengguna atau penyertaan pihak ketiga tidak akan diterima.
- Tiada yuran penyertaan diperlukan untuk menyertai peraduan foto SNAPS.
- Penyertaan mestilah dimuat naik ke Instagram dan mematuhi semua terma dan syarat Instagram.
- Penyertaan mestilah menggunakan tanda pagar (hashtag) negara masing-masing [ #pinkladysnaps2021MY #pinkladysnaps2021TH #pinkladysnaps2021VN ]. Hanya penyertaan dengan tanda pagar (hashtag) dan tanda (tag) @pinkladyapplesmy atau @pinkladyapplesth atau @pinkladyapplesvn dan @foodphotoaward akan dipertimbangkan.
- Penyertaan dengan tanda pagar (hashtag) dan tanda (tag) yang sesuai mestilah dimuat naik sebelum jam 11.59 malam pada hari terakhir peraduan.
- Penyertaan tidak boleh eksplisit secara seksual, menyinggung perasaan atau tidak sopan atau melanggar hak mana-mana pihak ketiga. Di mana penyertaan anda menampilkan pihak ketiga yang dapat dikenal pasti dalam foto, anda mestilah memastikan bahawa anda mempunyai kebenaran mereka untuk menghantar foto sebelum dimuat naik.
- Kami tidak bertanggungjawab untuk penyertaan peraduan yang hilang, rosak atau gagal dipertimbangkan, tanpa mengira sebab, termasuk sebagai contoh, akibat daripada sebarang kerosakan peralatan, kerosakan teknikal, sistem, satelit, rangkaian, kegagalan perkakasan atau perisian komputer atau masalah dengan platform Instagram dalam bentuk apa sekalipun. Bukti memuat naik tidak akan dianggap sebagai bukti penyertaan.
- Kami berhak melucutkan kelayakan anda sekiranya tingkah laku anda adalah bertentangan dengan semangat atau tujuan peraduan.
- Visual yang disenarai pendek boleh diterbitkan untuk tujuan, dan tidak terhad pada pameran, promosi dan bahan pemasaran di SNAPS dan manamana laman web dan akaun media sosial Pink Lady® Apples.
- Keperluan muat naik / penyertaan Instagram:
- 1080 x 608 px, atau
- 1080 x 1080 px, atau
- 1080 x 1350 px
- Foto yang disenarai pendek mestilah dihantar berdasarkan keperluan berikut:
- I. Imej mestilah dihantar sebagai format JPEG atau PNG fail (jpg atau jpeg atau png)
- II. Saiz keseluruhan fail imej mestilah tidak melebihi 16MB setiap muat naik
- III. Fail imej mestilah tidak melebihi 1920 piksel dengan dimensi paling panjang
- IV. Sekiranya karya anda disenarai pendek, anda mestilah dapat menyediakan fail beresolusi tinggi yang sesuai untuk dicetak pada semua media dan untuk dimasukkan ke dalam pameran. Foto ini mestilah mempunyai resolusi sekurang-kurangnya 300dpi.
- Panel Juri akan dilantik oleh Penganjur dan akan bersetuju dengan Terma dan Syarat penghakiman bagi memastikan tujuan anugerah dipertahankan sepanjang masa. Sekiranya tiada penyertaan yang memenuhi kriteria kualiti, maka Penganjur berhak untuk tidak memilih pemenang bagi kategori tersebut. Keputusannya adalah muktamad.
- Tiada lanjutan untuk tarikh akhir penyerahan.
- Penganjur tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan sebarang foto yang diberikan anugerah, walau apa pun puncanya.
- Penganjur tidak bertanggungjawab atas penyalahgunaan foto.
- Tiada penyertaan akan dikembalikan oleh Penganjur dan oleh itu peserta dinasihatkan untuk menyimpan satu salinan fail digital untuk kegunaan sendiri.
- Pink Lady® hanya memperoleh hak penggunaan terhad untuk karya yang dihantar ke peraduan. Hak penggunaan terhad bermaksud tidak bersifat eksklusif, dan penggunaannya adalah semata-mata untuk mempromosikan peraduan khas yang disertai oleh karya, atau peraduan yang akan diadakan pada masa depan yang merupakan ulangan peraduan semasa, dan tiada tujuan lain. Ini disebut "penggunaan percuma terhad". Pink Lady® tidak akan menggunakan foto untuk membentuk mana-mana bahagian dalam kempen pengiklanan.
- Karya-karya yang menang dan disenarai pendek boleh digunakan untuk mempromosikan peraduan selama mana ia tertakluk pada syarat-syarat yang dinyatakan pada laman Perisytiharan Hak yang berurusan dengan arkib pemenang peraduan. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.artists-bill-of-rights.org/bill-of-rights/bill-of-rights/bill-of-rights/
- Foto yang tidak menang dan tidak disenarai pendek boleh digunakan untuk mempromosikan peraduan, dan tiada tujuan lain, tertakluk pada had masa tidak melebihi (3) tiga tahun setelah pengumuman penyertaan yang menang untuk peraduan yang disertai oleh foto yang tidak menang dan tidak disenarai pendek.
- Sekiranya anda dipilih sebagai kegemaran bulanan atau pemenang peraduan keseluruhan, anda bersetuju bahawa kami mungkin menggunakan nama, foto dan bandar atau negara tempat tinggal anda untuk mengumumkan anda sebagai pemenang dan untuk tujuan promosi lain yang munasabah dan berkaitan. Anda seterusnya bersetuju untuk mengambil bahagian dalam sebarang publisiti munasabah yang diperlukan oleh kami.
- Sekiranya anda dipilih sebagai kegemaran bulanan dan ingin memilih untuk tidak menyertai peraduan keseluruhan atau jika anda ingin memilih untuk tidak membenarkan kami menggunakan data anda selaras dengan perkara di atas, sila hantarkan e-mel kepada info@pinkladyapples.co.uk berserta butiran anda.
- Semua peserta peraduan mestilah menjamin bahawa foto yang dihantar tidak melanggar harta intelek, hak milik, peribadi, privasi, atau hak pihak ketiga yang lain.
- Semua peserta peraduan dengan ini melepaskan, melindungi, dan tidak mempertanggungjawabkan Pink Lady® Apples serta pemegang amanahnya, pegawai, pekerja, Penganjur dan ejen daripada dan terhadap sebarang dan semua liabiliti, kerosakan, dan punca tindakan yang timbul daripada atau berkaitan dengan peraduan dan foto yang dihantar.
- Peserta mestilah berhak terhadap visual yang dihantar kepada Penganjur. Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang masalah, kesalahan dan penyalahgunaan undang-undang yang timbul berkaitan dengan foto yang dihantar. Sekiranya terbukti bersalah, peserta yang menang mestilah mengembalikan nilai hadiah dalam bentuk wang tunai.
- Dengan menghantar penyertaan peraduan, anda bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat ini.
PINK LADY® SNAPS
PROSES PERADUAN
- Hadiah fotografi – pemenang setiap negara akan memenangi Samsung Galaxy S21* dan akan dihantar menggunakan kurier yang ditetapkan oleh Penganjur.
- Kami akan memilih 1 foto kegemaran setiap bulan dan ia akan disiarkan di akaun media sosial rasmi Pink Lady® Apples setiap negara. Setiap foto kegemaran bulanan akan diberikan derma sebanyak $40, daripada Pink Lady® Apples kepada World Food Programme Charity di bawah nama pemilik foto kegemaran bulanan tersebut.
-
Fotografi makanan:
- Kami akan menyenarai pendek 10 foto untuk memilih pemenang utama.
- Foto yang disenarai pendek akan dihakimi dan diundi – 100% juri.
- Cadangan jadual peraduan — 1 September 2021 (12.00 malam) hingga 30 November 2021 (11.59 malam).
- Tempoh penghakiman bermula pada 1 Disember 2021 and keputusan akan diumumkan pada 15 Disember 2021.