
PERTANYAAN?
Apakah ciri-ciri sebiji epal Pink Lady®? Berapa lama diperlukan untuk tumbuh? Dari mana asalnya epal Pink Lady®? Dapatkan jawapan kepada soalan-soalan yang sering ditanya di bawah.
Kami hanya memilih epal terbaik yang memenuhi piawaian Pink Lady®. Spesis ini termasuklah Cripps Pink, Rosy Glow dan Lady in Red.
Rangup, manis dan lazat dengan sensasi bersari yang luar biasa.
Epal Pink Lady® berwarna merah jambu, diperolehi dari warisan spesis Cripps Pink
Purata, epal Pink Lady® berukuran 65-80mm seberat 133g, tetapi kami juga menghasilkan epal PinKids® yang lebih kecil.
Dusun kami terdapat di seluruh dunia termasuk Perancis, Itali, Chile, Argentina, Afrika Selatan, Australia dan New Zealand.
Epal yang tidak layak menerima pelekat PINK LADY® tidak akan dibazirkan. Ia akan digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk jus epal Pink Lady® yang lazat.
7 bulan. Selama 200 hari di bawah sinaran matahari!
Epal Pink Lady® lazimnya mengandungi 70kcal.
Buat masa ini, pek kami mematuhi regulasi sentuhan makanan semasa. Walaupun sebahagiannya boleh dikitar semula, kami sedang berusaha ke arah mengurangkan kesan terhadap alam sekitar dalam jangka masa panjang.
Kami amat kesal kerana anda tidak berpuas hati dengan buah epal anda. Sila hantar mesej kepada peniaga di mana anda membeli epal tersebut Sertakan butiran untuk anda dihubungi.
Atau, anda boleh menghantar mesej terus kepada kami dan kami akan menghubungi anda. Kami akan berusaha menyelesaikan aduan anda.
Epal Pink Lady® diwajibkan untuk memenuhi regulasi makanan dan piawaian di semua negara ia dijual.
Ini termasuklah piawaian tempatan mengenai sisa bahan kimia.
Tahap sisa maksimum (MRL) ialah tahap sisa bahan kimia tertinggi dibenarkan dan walaupun MRL berbeza dari negara ke negara, tahap yang ditetapkan adalah jauh lebih rendah daripada tahap yang boleh membahayakan. . Ini memastikan pemakanan yang selamat.
Sekiranya sebiji epal gagal memenuhi spesifikasi global Pink Lady®, epal tersebut tidak akan diluluskan untuk jenama Pink Lady®.
Kami sentiasa mengesyorkan agar setiap epal dibersihkan sebelum dimakan dan kami juga mengesyorkan kulit epal dimakan kerana ia merupakan bahagian epal yang paling berkhasiat