SALAD AYAM DAN EPAL

SALAD AYAM DAN EPAL

Ternyata, gandingan ayam dan epal Pink Lady® begitu berperisa!

Persediaan penuh

  1. Letakkan dada ayam atas papan pemotong dan tutup dengan plastik pembalut.

  2. Gunakan kayu penggelek, ratakan ayam sehingga setebal 1cm.

  3. Sapukan sedikit minyak pada kuali dan panaskan

  4. Balikkan sehingga kedua-dua belah masak. Angkat.

  5. Sapukan sedikit minyak pada kuali dan panaskan. Masukkan hirisan epal dan masak selama 2-3 minit, balikkan sehingga kedua-dua belah kelihatan kesan bakar. Angkat.

  6. Sementara itu, masak kacang panjang dalam air mendidih selama 3-4 minit atau sehingga empuk. Toskan dan bilas dengan air sejuk.

  7. Carik daun salad, masukkan ke dalam mangkuk, bersama-sama tomato, kacang panjang, bawang merah dan sebahagian daun ketumbar.

  8. Untuk kuah, cincang selebih daun ketumbar hingga halus dan masukkan minyak zaitun, kulit dan jus limau, garam dan lada hitam secukup rasa.

  9. Masukkan ayam ke dalam salad, tuangkan kuah dan gaul.

Kongsi dengan rakan-rakan anda