NASI BRIYANI EPAL PINK LADY® DENGAN AYAM MADU EPAL PINK LADY®

NASI BRIYANI EPAL PINK LADY® DENGAN AYAM MADU EPAL PINK LADY®

Makanan kegemaran rakyat Malaysia, penuh dengan aroma yang melazatkan dihidang bersama ayam madu pedas manis.

Persediaan penuh

  1. Untuk nasi biryani, basuh dan bilaskan beras. Rendamkan selama 15 minit.

  2. Panaskan periuk terlebih dahulu dan cairkan mentega. Tambahkan bawang dihiris, daun ketumbar, pes bawang putih dan halia serta rempah-rempah. Masak pada suhu sederhana-tinggi sehingga naik aroma.

  3. Campurkan serbuk masala dengan satu cawan air ke dalam periuk. Masakkan sehingga pecah minyak.

  4. Di dalam periuk nasi, masukkan beras basmathi dan tambahkan stok ayam dan air. Tutupkan periuk dan masak pada suhu rendah sehinnga nasi dimasak sepenuhnya.

  5. Ketika nasi separuh masak, masukkan epal yang dicincang dan kismis sultana dan tutup semula.

  6. Untuk ayam madu epal pula, perapkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit di dalam sebuah mangkuk dan biarkan selama 15 minit.

  7. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Gorengkan ayam sehingga keemasan.

  8. Dalam periuk yang sama, keluarkan ayam yang dimasak. Tambahkan rempah-rempah, halia dan bawang merah. Goreng sehingga naik aroma.

  9. Tambahkan serbuk cili dan kacau sebelum masukkan secawan air.

  10. Masukkan epal Pink Lady® dan madu. Kacau sehingga sebati.

  11. Masukkan ayam yang dimasak dan daun kari.

  12. Hidangkan bersama nasi briyani epal.

Kongsi dengan rakan-rakan anda